There Is A Princess In Every Girl
Asal Usul Api Dalam Literatur Islam
Monday, 21 April 2014 • 4/21/2014 • 0 comments


Ketika Nabi Adam a.s diturunkan ke bumi,
beliau tidak lagi memperoleh makanan secara mudah seperti di syurga.
Beliau harus bekerja keras untuk memperoleh buah-buahan atau daging untuk dimakan.
Ketika beliau memperoleh binatang buruan dan menyembelihnya, 
ternyata tidak bisa langsung dimakan begitu saja kerana masih mentah
dan tentunya tidak enak.

Kerana itu beliau berdoa agar diturunkan api untuk memasak.
Maka Allah swt mengutus Malaikat Jibril meminta sedikit api kepada malaikat Malik
di neraka untuk keperluan Nabi Adam tersebut.

*M.M-Malaikat Malik
*M.J-Malaikat Jibril

M.M : Wahai Jibril, berapa banyak engkau menginginkan api?
M.J  : Aku menginginkan api neraka itu seukuran buah kurma.
M.M : Jika aku memberikan api neraka itu seukuran buah kurma, maka tujuh langit dan seluruh bumi akan                   hancur meleleh kerana panasnya!
M.J  : Kalau begitu, berikan saja kepadaku separuh buah kurma.
M.M : Jika aku memberikan seperti apa yang engkau inginkan, maka langit tidak akan menurunkan air hujan               setitis pun dan semua air di bumi akan mengering sehingga tidak ada satu pun tumbuhan yang hidup!

Malaikat Jibril kebingungan, sebanyak apa api neraka yang aman untuk kehidupan di bumi?
Kerana itu ia berdoa: "Ya Allah, sebanyak apa api neraka yang harus aku ambil untuk kebutuhan Adam di bumi?"

Allah swt berfirman: Ambilkan api dari neraka sebesar zarah

Maka Malaikat Jibril meminta api neraka kepada Malaikat Malik sebesar zarah dan membawanya ke bumi.
Tetapi setibanya di bumi, Jibril merasakan api yang sebesar zarah itu masih terlalu panas, 
maka beliau mencelupkan sebanyak tujuh puluh kali ke dalam tujuh puluh sungai yang berbeza.
Baru setelah itu, beliau membawanya kepada Nabi Adam dan meletakkannya di atas gunung yang tinggi.
Begitu saja api diletakkan, gunung tersebut hancur berantakan.
Tanah, batuan, besi dan semua saja yang ada di sekitar api menjadi bara yang sangat panas dan mengeluarkan asap.
Bahkan api yang sebesar zarah itu terus masuk menembus bumi dan hal itu membuatkan 
Malaikat Jibril khuatir.
Ia segera mengambil api tersebut dan membawanya kembali ke neraka.

Bara terbakar yang ditinggalkan itulah sampai sekarang menjadi sumber api dunia
termasuk yang menjadi magma-magma di semua gunung berapi di bumi ini.
Tidak bisa dibayangkan bagaimana panasnya api neraka tersebut.
Kalau bara api neraka dunia itu umumnya berwarna merah,
maka bara api neraka itu berwarna hitam kelam seperti hitamnya gelap malam.

Nabi saw pernah menanyakan tentang keadaan api neraka itu,
Malaikat Jibril berkata: "Sesungguhnya Allah swt menciptakan neraka, lalu menyalakan api neraka itu selama seribu tahun sehingga baranya berwarna merah.
Kemudian Allah menyalakan, menambah kepanasannya selama seribu tahun lagi sehingga baranya berwarna putih dan Dia menyalakannya seribu tahun lagi sehingga baranya berwarna hitam.
Maka neraka itu hitam kelam seperti hitamnya malam yang sangat gelap pekat, tidak pernah tenang kobaran apinya dan tidak pernah padam (berkurang) bara apinya.


Sumber: Disadur dari Kisah al-Habib Ubaidillah bin Idrus al-Habsyi Surabaya (Alumnus Ribath Darul Musthafa Yaman)

Si Comel dan Si Hensem
Dah singgah tuu follow la sekali ^_^

Disclaimer
Welcome message


Assalamualaikum :)
Terima kasih kerana singgah di sini
Nak berkawan ? Klik JOIN THIS SITE
dan tinggalkan jejak di shoutbox




Tagboard
Shout out loud !




Contact Me
Ukhuwah itu indah jika kerana Allah !




Credits
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them